ARA ARI, dARAhmu kucARI
Bab 1
“SEP sep sep! Bom bom bom!
Ara, Ari,
Kuberi nama, saudara saudari,
Cikebum!
Cikebum!
Malam-malam minggu, Siang-siang hari, Disko! Disko!
Putih-putih Melati Ali Baba.. Merah-merah jelita miau miau.. Siapa yang baik hati Cinderella.. Lama-lama jadi anak patung,
1 2 3 4, siapa gerak,
dia kena cubit!”
Suara kanak-kanak ketawa bertepuk tangan sambil menyanyi itu mengejutkan Maira dari tidurnya. Terkelip-kelip matanya. Dia memerhati sekeliling. Gelap. Hanya ada lampu malap dan biasan cahaya di kiri dan kanan lantai yang memandu arah ke tandas. Penumpang lain semuanya kelihatan sedang enak diulit mimpi.
Masih ada beberapa
jam sebelum mereka mendarat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Incheon. Maira memanjangkan lehernya, cuba mencari
suara kanak-kanak yang didengarnya tadi. Tidak kelihatan di mana-mana.
“Aku mimpi ke?” Tanya Maira pada dirinya sendiri.
Dia berpaling pula ke arah sahabatnya, Rania, yang sedang berkelubung kepalanya dengan
jaket di sebelahnya.
“Tak lemas ke budak ni..” Gumam Maira dalam hati.
Maira bangun dari tempat duduknya, berniat untuk ke tandas sebelum menyambung tidur. Dia melangkah
dengan berhati-hati ke arah tandas, sambil
melihat sekeliling. Penumpang-penumpang di tempat duduk berdekatan dengannya kebanyakannya adalah dari kumpulan pelancong
dari agensi yang sama dengannya.
Ramai anak muda yang datang bersama rakan-rakan sebaya, sepertinya,
memandangkan pakej pelancongan yang dipilihnya
adalah lebih kepada gaya ‘backpackers’. Di mana kumpulan
mereka akan melancong menggunakan perkhidmatan awam, dan akan banyak berjalan kaki. Sesuai untuk
golongan muda yang masih kuat, dan berbaloi
dengan harga pakej yang lebih menjimatkan.
Sewaktu mereka berkumpul di lapangan terbang tadi, Maira sempat melirik-lirik ahli kumpulan yang
lain. Hanya ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri yang turut membawa seorang anak kecil dalam
lingkungan usia 4-5 tahun, dan ibu
mereka bersama. Wanita itu sedikit berusia berbanding kumpulan-kumpulan anak muda yang
lain.
Maira sendiri menyertai kumpulan
perlancongan itu bersama
3 orang lagi rakan perempuannya. Rania, sahabat karib merangkap
‘sepupu angkat’nya. dan 2 orang lagi rakan sekerja Maira di sebuah hospital swasta tempat dia bertugas sebagai seorang
Juru X-ray.
Hanim, rakan sekerjanya itu juga memegang jawatan yang sama dengannya, manakala
adiknya Hani, bertugas
sebagai seorang Jurupulih
Perubatan Fisioterapi, juga di hospital yang
sama.
Bukan itu sahaja, mereka bertiga turut menyewa bersama di sebuah
rumah taman yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.
Rania adalah anak saudara kepada ibu dan ayah angkat Maira, Datin Salimah atau lebih suka dipanggil Datin Sally, dan Dato’ Harun,
atau lebih senang dipanggil Dato’ Harry.
Datin Sally dan Dato’ Harry telah mengadopsi Maira dari sebuah
Rumah Anak Yatim sewaktu usianya
10 tahun. Sejak itulah dia dan Rania, satu-satunya anak saudara
Datin Sally dan Dato’ Harry menjadi teman rapat.
DALAM sedang asyik matanya meliar ke sekeliling melihat penumpang lain yang nyenyak tidur, Maira
terlanggar dengan seorang wanita.
“Eh! Maaf,
maaf cik. Saya minta maaf.”
Ujar Maira kelam
kabut apabila berlanggar dengan wanita tersebut.
Serta merta dia tunduk mencangkung di bawah untuk mengutip barang wanita itu yang terjatuh
semasa mereka berlanggar tadi. Teraba-raba dia dalam
gelap mencari barang tersebut.
Lega Maira apabila tangannya berjaya memegang sesuatu tidak jauh dari tempat barang
tersebut jatuh. Sempat
dikerlingnya barang yang terasa lembik dan berlendir di tapak tangannya
itu.
Dalam kesamaran lampu malap, Maira mengamati barang tersebut dengan lebih teliti sebelum
menyerahkannya kembali kepada wanita
tadi. Terhenti nafasnya apabila sedar objek yang berada dalam tangannya itu ialah sebiji bola mata yang masih merah dengan darah! Urat-urat mata itu berjuntaian dari tangannya.
Spontan dilepaskan biji mata itu, jatuh bergolek di atas lantai. Dia memanggungkan kepala untuk melihat wanita tadi, tapi tiada sesiapa di depannya. Dada Maira sudah berombak kencang. Dipandang kembali ke arah tangannya yang masih berbekas darah tadi. Bersih. Langsung tiada kesan darah seperti sangkaannya. Bola mata yang bergolek di atas lantai tadi juga sudah tiada di situ.
“Astaghfirullahazim….Astaghfirullahalazimmm…Astaghfirullahalazim…..” Istighfar Maira berulang-ulang.
Dipaksakan lututnya yang terasa lemah untuk melangkah kembali ke tempat duduknya. Tak jadi dia
nak ke tandas. Sebaik menghempaskan
punggung ke tempat duduknya, dia
menarik jaketnya menutupi
kepalanya. Juga berselubung seperti Rania.
Maira cuba mengawal
nafas sambil memejam
rapat matanya, dengan harapan dia boleh kembali tidur.
Tetapi mulutnya masih terkumat-kamit membaca
ayat Qursi.
“Aduhai…kau ikut aku naik flight, ye mambang?” Sempat dia membebel sendirian dalam hati.
Pantas dia menyeluk
kocek kanan seluarnya. Digenggam erat tasbih digital berwarna putih
yang sentiasa dibawa
ke mana-mana, sebelum memicit-micit butangnya seiring
dengan zikir yang mula membasahi bibirnya.
Maira sendiri pun tak tahu, entah kenapa
dia sering diganggu makhluk-makhluk dari alam satu lagi itu sejak akhir-akhir ini. Atau lebih tepat lagi sejak dia bertunang
dengan Hadif. Seingatnya, malam
setelah berlangsungnya majlis pertunangan mereka itulah kali pertama makhluk-makhluk itu memperlihatkan diri kepada Maira.
Kini sudah hampir
sebulan dia bergelar tunangan orang. Hadif
ialah seorang lelaki yang baik dengan perwatakan yang memang menarik pada gadis-gadis. Tetapi
pertunangannya itu bukanlah atas
kehendak Maira sendiri. Sebaliknya, dia hanya menghormati keputusan
papa dan mamanya,
Dato’ Harry dan Datin Sally.
Mereka beriya-iya memintanya menerima lamaran Hadif.
Pada mereka, lelaki itu sangat sempurna sebagai calon suami Maira.
Ditambah pula dengan kemahirannya menguruskan perniagaan, mereka berharap bakal menantu mereka itu boleh menyambung legasi mereka, memandangkan Maira langsung tidak
berminat dan tidak berpengetahuan dalam bidang pengurusan perniagaan.
Hadif sudah banyak kali berurusan
dengan keluarganya, termasuk sahabatnya Rania, yang bekerja
di perusahaan Dato’ Harry dan Datin
Sally. Kali pertama Maira bertemu dengan Hadif
adalah sewaktu dia menunggu Rania di pejabatnya, untuk keluar makan tengah hari bersama. Tak semena-mena fikiran
Maira mula menerawang mengingatkan pertemuan kali
pertamanya dengan tunangnya itu.
“Weh…sorry..lama pulak kau kena tunggu…jom, aku dah siap dah.” Ujar Rania sambil
menggalas beg tangannya.
“Rania Rania Raniaa…
you nak keluar lunch ke?
Ni I saja drop by untuk hantarkan dokumen yang you minta tu.” Sapa Hadif yang baru melangkah masuk
ke bilik pejabat Rania.
“Eh Hadif.. la… thank you..memang I tengah tunggu
dokumen ni. Takde yang ni
habis jammed semua.” Sahut Rania.
“Well…I
saved the day… As usual.” Balas Hadif tersenyum kacak, sambil matanya sibuk memerhatikan Maira.
“Emm…siapakah gerangan
puteri cantik di bilik you ni Rania?”
Soalnya sambil tersengih pada Maira.
“Oh..ini Maira, cousin
I. Kenalkan, Aimy Humaira…for short you boleh panggil
Maira aje.” Ramah Rania mengenalkan sepupunya kepada jejaka
itu.
“Maira…what a
sweet name, really suits that beautiful face of yours…Saya Hadif.” Ujar Hadif sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Maira masih berdiri
tercegat terkebil-kebil di situ. Serba salah hendak menyambut huluran tangannya.
Sudahnya dia tersenyum sambil menunduk
hormat sahaja. Mujur juga dia tidak terus membongkok 90 darjah, seperti
gaya orang Jepun
memberi salam hormat.
“Err…sorry Hadif…Maira ni dia strict sikit orangnya. Dia tak salam dengan lelaki.” Sahut Rania sambil menyambut tangan Hadif yang terbiar.
“Bukan mahram kan…haram…!” Sambungnya lagi, dengan suara yang diperlahankan, separuh
berbisik. Tetapi masih dapat didengar
dengan jelas oleh Maira.
“Ah..i
see…sorry..my bad.” Balas Hadif sambil turut tunduk memberi
hormat pada Maira.
Hatinya mula terpaut pada kecantikan gadis tersebut, lebih- lebih lagi pada perwatakannya yang kelihatan sopan dan ayu.
Belum pernah lagi dia bertemu dengan gadis yang menolak huluran tangannya untuk bersalam, baik
yang bertudung kepala ataupun tidak. Tidak dapat
dipastikan mereka sekadar
menjaga air mukanya, atau sememangnya Hadif seorang
lelaki yang terlalu menarik hati pada para gadis.
“Err.. you berdua
nak pergi lunch ke ni? I pun tengah lapar ni..dari tadi perut I menyanyi lagu
dangdut.” Ujar Hadif, cuba meraih
simpati.
Gadis-gadis itu menyambutnya dengan tertawa kecil.
“Alah…nak ikut tu cakap je lah nak ikut… berpantun-pantun pula
dia.” Sindir Rania.
“Habis tu…tunggu punya tunggu..tak de orang ajak pun…” Balasnya sambil buat muka kesian.
Maira mengulum senyum, lucu dengan memek muka Hadif. Rania pula sudah sakan ketawa.
“Ye lah..ye lah…
jom ikut kitorang. Tapi…Maira ajak I pergi
makan kat warung
je hari ni. Dia mengidamkan tom yam favourite dia.
You ok ke makan kat warung?”
Soal Rania.
Hadif
menelan air liur. Panas-panas tengah hari macam ni…,nak makan kat warung?
Alamat berpeluh ketiaklah dia dibuatnya. Susahlah nak control macho.
“Err..eh, I no hal… err..eh
tapi..err..Maira dah berisi ke ape?
Isteri orang rupanya ye..” Ujarnya perlahan, berunsur kecewa.
“Hah? Eh..mana ada lah… Maira ni single and available lagi tau.
Bujang trang tang tang. Bolehlah kalau you
nak try.” Sakat Rania.
“Oh..fuh…Alhamdulillah…ada chance, I ingat mengidam sebab dah berisi tadi.” Balas Hadif sambil mengurut dada.
“Hee…gatal! Pantang nampak awek cun!” Leter Rania sambil menjeling tajam.
Maira hanya tersenyum
tanpa kata, agak kekok dengan pandangan mata Hadif yang tak lepas-lepas merenungnya dari tadi.
“Kau abaikan je mamat ni Maira. Dia ni memang macam ni. Semua perempuan cantik dia nak mengurat!” Ujar Rania kepada sepupunya.
“Haishh…! Mana ada.. tak baik tau
you fitnah I . I ni jenis
yang setia tau.
Pemalu pulak tu. Haa..sebab tu lah tak jumpa-jumpa lagi calon sampai
sekarang.” Balas Hadif,
memuji diri.
“Uwekh! Pemalu la sangat. Nak muntah I dengar.” Sahut Rania pantas.
Mereka bertiga
sama-sama tertawa sambil
bergerak keluar dari pejabat Rania.
“Err…you cuti ke hari ni, Maira?” Tanya Hadif sambil memandang Maira melalui cermin belakang kereta.
Belum sempat Maira menjawab, Rania yang duduk di sebelahnya sudah mencelah.
“Maira ni Radiographer
kat KPJ tau. Sekarang ni dia tengah cuti exam week.
Dia further study, buat
pengajian jarak jauh. Dah tepulah tu menghadap buku kat rumah, itu
yang sibuk ajak I temankan pergi makan
tu…” Jelas Rania panjang
lebar.
“Oh…Radiographer… err..bolehlah nanti
tolong X-Ray kan hati I ni.
Sejak terpandangkan wajah manis you tadi,
asyik berdebuk berdebak aje kat dalam ni.” Ujar Hadif cuba mengusik Maira.
“Amboi…ulat bulu dah naik daunn…!” Sampuk Rania.
Disambut dengan ketawa nakal Hadif.
Cuaca yang agak panas tengah hari itu membuatkan Hadif tak senang duduk. Ditambah pula dengan kehadiran pengunjung yang agak ramai. Hadif tidak begitu biasa makan di warung. Kipas di situ dijeling penuh geram.
“Tak rasa apa langsung.” Cemuhnya dalam hati.
Sekejap-sekejap dia menyeka peluh di dahi. Matanya masih ralit memerhatikan Maira yang sedang asyik
menghirup tom yam dengan begitu berselera. Hanya wajah itu yang mampu menyejukkan hatinya
pada saat itu.
“Amboi you..tak berkelip eh pandang Maira..” Sakat Rania.
Hampir tersedak Maira mendengarnya. Sudahlah
tom yam tu extra
pedas. Kalau tersedak
mahu keluar ikut telinga
tu!
Hadif tersengih sambil mengangkat-angkat kening pada Maira.
Merah muka gadis itu dibuatnya.
MALAM itu juga Maira dapat pesanan melalui
aplikasi Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali. Gambar profile jelas menunjukkan gambar Hadif tersenyum kacak memakai kaca mata hitam.
“Ini tak lain kerja si Rania lah ni…bagi nombor aku.” Bebel Maira sendirian.
“Hai..Maira.. buat ape tu..” Sapa Hadif dalam mesejnya.
Sedang Maira berfikir-fikir balasan yang sesuai, pesanan kedua masuk.
“I ni Hadif, sorry..I minta nombor you kat Rania…you jangan marah
dia pulak..I yang paksa dia..” Jelas Hadif.
“Ha’ah yelah tak marah. Kau tunggulah nasib kau Rania.” Gumam Maira sendirian.
SEJAK itu, Hadif sering menghubunginya. Boleh dikatakan setiap hari. Sampai naik rimas gadis itu
dibuatnya. Ada juga dia mengajak
Maira keluar, selalunya
dia akan mengelak
dengan seribu satu alasan. Jika tidak berjaya, dipaksanya pula Rania menemaninya.
“Alah..dia nak keluar dengan kaulah…kenapa aku kena pergi pulak…tak naklah.” Bantah Rania.
“Kau jangan nak banyak bunyi ea makcik. Dah kau yang pandai-pandai kasi nombor aku kat dia, siapa suruh? Aku tak kira,
kau kena bertanggungjawab.” Balas Maira tak puas hati.
Sudahnya, gadis malang itu terpaksa menemaninya setiap kali keluar dengan Hadif. Sehinggalah
suatu hari, ibu dan ayah Hadif datang
bersama rombongan keluarganya untuk melamar Maira.
Mama dan papa
Maira pula beriya-iya mahu Maira menerima lamaran keluarga tersebut.
Memang Maira tak boleh nak lari mana lagi dah.
“Maira tahu kan, papa dengan mama memang sayangkan Maira macam anak kandung kami sendiri…” Dato
Harry memulakan bicara.
“Papa tak pernah bantah atau halang apa pun minat Maira… papa tak paksa Maira belajar bahagian business…
Maira suka berdikari dan tak nak duit poket
dari papa, pun papa hormatkan..” Sambung papanya lagi.
“Tapi kali ni, papa minta sangat Maira tolong pertimbangkan sebaiknya. Sebagai orang tua Maira, kami
cuma nakkan yang terbaik untuk Maira.
Kami pun semakin tua, tak selamanya akan ada
untuk lindungi Maira.. Hadif budak yang baik. Sopan, bijak uruskan perniagaan. Boleh diharapkan. Dan
papa nampak dia sayang
betul dengan Maira.
Mummy dia sendiri pun bagitahu, Hadif
sampai tak lalu makan asyik teringatkan Maira. Tak pernah dia tengok anak dia dilamun cinta macam tu.” Terang papanya
panjang lebar.
“Betul tu sayang…” Sampuk Datin Sally pula.
“Mama tahu..susah nak terima seseorang kalau dalam hati kita tak ada rasa cinta..
tapi percayalah..perasaan tu boleh dipupuk…” Sambung mamanya lagi.
“Lagipun orang tua-tua dulu selalu berpesan, lebih baik bersama dengan orang yang sayang kita, daripada bersama orang yang kita sayang…” Mamanya terus memujuk.
“Ke…Maira dah ada pilihan hati sendiri?” Soal Datin Sally, bernada risau.
Maira menggeleng lemah. Berbagai jenis perasaan bercampur-baur dalam hatinya waktu itu. Tetapi untuk mengecewakan hati mereka yang telah
membesarkannya sejak kecil tanpa mengharapkan sebarang
balasan itu, dia tidak mampu.
“Okay lah…Maira ikut cakap mama dan papa. Mama dan papa tolong doakan yang terbaik untuk hidup
Maira, dunia dan akhirat ya?” Ujar Maira sambil
tersenyum kepada orang tuanya.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah Dato’ Harry dan Datin Sally dengan keputusan anak kesayangan
mereka itu. Memang pun mereka sudah
sedia maklum, Aimy Humaira adalah seorang anak yang baik. Sentiasa
mendengar kata dan menghormati orang
tua. Tidak pernah sekali pun lagi anak itu melukakan perasaan mereka
atau membuatkan mereka
berkecil hati dengan sikapnya.
Kerana itu jugalah, kasih sayang mereka kepada anak itu sentiasa bertambah, seiring dengan
pertambahan usia gadis kecil yang mereka
ambil di Rumah Anak Yatim dulu.
Tujuan asal pasangan itu mengambil anak angkat adalah kerana
mereka ingin melakukan amal jariah. Mereka
sedar mereka bukanlah hamba Allah yang benar-benar
taat pada suruhanNya. Hidup mereka
bercampur-campur antara halal dan haram, dosa
dan pahala. Solat pun jarang-jarang dan kadang-kadang tidak langsung.
Jadi mereka fikir jika mereka membesarkan anak angkat, menanggung kos makan dan
minumnya, maka perbuatan itu boleh membantu
menyelamatkan mereka di akhirat nanti. Itu yang membuatkan mereka
mengambil anak angkat.
Tetapi mereka tidak mahu mengambil bayi, kerana tidak mahu rasa susah atau terbeban untuk menguruskannya. Jadi mereka mencari
seorang anak yang tidak bermasalah dan mendengar kata. Pengurus Rumah Anak Yatim Basyirah itu, mencadangkan
mereka untuk mengambil Aimy Humaira sebagai anak angkat.
Keluarga lain kebanyakannya menolak untuk mengambil anak itu kerana asal
usul keturunannya tidak dapat dipastikan. Bayi
malang itu disyaki anak hasil luar nikah. Maira dijumpai di dalam tong sampah besar di tepi jalan dalam
keadaan yang sangat menyayat hati. Tali pusatnya
masih belum luruh dan tubuh kecilnya
penuh dengan kesan luka dan dihurung semut. Nyaris juga dia dicederakan oleh anjing liar.
Dia ditemui oleh ahli keluarga pengurus Rumah Anak Yatim Basyirah itu, Encik Thalhah, lalu dibesarkan di situ. Sehinggalah Dato’ Harry dan Datin Sally membawanya tinggal bersama mereka sebagai anak angkat yang sah di sisi undang-undang. Membesarlah Aimy Humaira Binti Abdullah di rumah agam Dato’ Harry, menceriakan hari-hari pasangan itu dengan keletahnya yang bijak dan manja.
Maira seorang anak yang tertib dan pandai membawa diri. Anak itu juga mempunyai pegangan agama
yang baik, berkat didikan dan asuhan yang diterimanya di Rumah Anak Yatim. Gadis
kecil itu sentiasa menyenangkan hati Dato’ Harry dan Datin Sally sejak hari pertama
mereka mengambilnya. Hinggalah
usianya sudah mencecah
28 tahun sekarang.
“TAPI…boleh tak kalau kita tangguhkan majlis sampai Maira habis PJJ…, Maira risau tak dapat fokus nanti…” Rayu Maira.
“Lagipun…Maira belum betul-betul bersedia lagi nak jadi seorang isteri..” Ujar Maira cuba meraih simpati orang tuanya.
“Hmm…kalau macam
tu, apa kata kita buat majlis tunang dulu.
Lepas Maira dah habis belajar nanti, kita akad nikah?” Balas mamanya
memberi cadangan.
“Elok juga macam tu… nanti papa boleh bincangkan dengan ayah dan ibu Hadif.” Jawab papanya pula, bersetuju dengan
cadangan isterinya.
Maka kini Aimy Humaira sudah selamat menjadi tunangan Hairul Hadif. Tidak lama lagi mereka akan
mendirikan rumah tangga. Dalam pada fikirannya menerawang mengingatkan tunangnya, Maira terlelap dengan jaket
yang masih menyelimuti kepalanya dan tasbih kesayangan masih dalam genggaman
tangannya.
♡♡♡
ReplyDeleteWahh... first comment hehe
Delete