Bab
8
“Ya
Allahu Akbar…. Alhamdulillah… Allah lindung anak-anak mama…” Tangis
Nadya sambil memeluk erat anak-anak gadisnya.
Pergelangan
tangan keduanya dibelek-belek dengan wajah risau. Jelas kelihatan lebam berwarna
biru kemerahan di situ. Leher Nadya juga mempunyai kesan yang sama.
“Alhamdulillah…
Allah lindung semuanya…” Sambut Imam Hussin.
“Alhamdulillah…”
Sahut Faizal dan Pak Mokhtar serentak.
Mereka
semua berkumpul di ruang tamu rumah, berbincang mengenai kejadian yang baru
sahaja menimpa keluarga tersebut.
“Memang
sebelum ni, saya ada terima beberapa aduan dari penduduk taman…, mengenai
gangguan-gangguan yang dikatakan berpunca dari… rumah sebelah kamu ni…” Imam
Hussin berhati-hati menyusun bicara.
Pak
Mokhtar kelihatan terangguk-angguk. Dia sendiri pun ada mendengar,
sangkaan-sangkaan penduduk taman dan kampung berdekatan, mengenai Zuhdi yang
ada ‘membela’. Khabarnya lelaki itu terpaksa berpindah juga adalah disebabkan
aduan penduduk yang mula tidak selesa dengan kehadirannya di taman tersebut.
“Mungkin…
yang menyerang kamu ni… sedang marah, kerana dibuang dan ditinggalkan tuannya….
Sebab tu lah.. keluarga kamu yang menjadi mangsa…” Tutur Imam Hussin lagi.
Wajah
Nadya dan Faizal kelihatan memucat putih. Pelbagai tekaan dan kemungkinan
sedang berlegar-legar dalam kotak fikiran masing-masing. Risau akan keselamatan
keluarga dan anak-anak mereka.
“Tapi
tak apa… jangan risau… saya dah halau…” Ujar Imam Hussin lagi, dapat menangkap
apa yang menjadi kebimbangan pasangan suami isteri tersebut.
“…dan
saya dah pagarkan rumah kamu…” Sambungnya lagi.
“Nanti…
teruskan bagi minum air yang saya doakan tadi pada isteri dan anak-anak kamu. Campurkan
jugak dalam air mandi. Buatlah untuk beberapa hari ni… biar pulih semula
semangat mereka. Masing-masing masih terkejut lagi tu…” Arahnya satu persatu.
“Baik
imam…” Sahut Faizal.
Suasana
diam seketika sebelum imam Hussin kembali bersuara.
“InshaAllah
esok lepas tarawih… kita ajak orang masjid.. ‘bersihkan’ rumah sebelah dan kawasan
taman kamu ni. InshaAllah kita buat bacaan Yassin sikit..” Jelasnya panjang.
Mereka
yang lain menganggukkan kepala, menyetujui kata-kata lelaki tersebut.
“Alhamdulillah…
terima kasih imam.. Pak Tat…” Ujar Faizal.
Tangannya
mengusap-usap bahu Nadya penuh kasih. Puteri-puteri kecil yang masih dalam
dakapan si ibu ditatapnya dengan rasa lega. Bersyukur tidak terhingga isteri
dan anak-anaknya selamat.
“Anak-anak…
ni.. pakcik nak pesan…” Panggil imam Hussin mesra.
“Lepas
ni… jangan lagi main permainan-permainan yang memanggil, memuja syaitan macam
tu, ya. Jin, Iblis ni, suka sangat kita puja-puja, panggil-panggil dia. Nanti
dia rasa besar, rasa hebat, rasa boleh jatuhkan kita. Boleh sesatkan kita. Ajak
kita buat benda-benda yang Tuhan marah. Ajak kita jauh dari Tuhan…” Jelasnya
panjang.
“Allah
kata dalam Quran…. Surah Yassin ayat 60…
“Bukankah
Aku telah perintahkan kepada kamu wahai anak Adam supaya kamu tidak menyembah
syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
“Allah
larang kita puja dan sembah Iblis Syaitan… mereka tu musuh kita… mereka dah
janji nak sesatkan kita… Cuma Allah lah…satu-satunya yang layak disembah… ” Ujarnya
lagi.
Fiya
dan Faiqa hanya mendengar dengan teliti, sambil menayangkan muka orang
bersalah.
“Dengan
ibu… dengan ayah… jangan kasar-kasar… jangan tinggi suara… jangan melawan…”
Pesannya lagi.
“Nabi
Muhammad Sallalahua’laihiwassalam pesan….
“Redha
Allah terletak pada redha ibu bapa, dan murka Allah terletak pada murka ibu
bapa.”
(Riwayat Tirmizi, Hadis no. 1899, Kitab Birr al-Walidayn)”
“Redha
Allah tu.. terletak pada redha ibu dan ayah… Kalau ibu dan ayah tak redha…
Allah pun tak redha…” Pesannya lagi dalam bahasa mudah untuk anak-anak kecil
tersebut.
“Anak-anak
pakcik ni nak masuk syurga tak..?” Soal Imam Hussin sambil tersenyum manis.
Fiya
dan Faiqa terangguk-angguk kecil. Masing-masing masih memeluk erat tubuh Nadya.
“Kalau
nak masuk syurga, kena dengar cakap ibu, cakap ayah ya…” Pesannya penuh kasih.
“Solat…
puasa… jangan tinggal… anak-anak pakcik puasa tak hari ni?” Soalnya mesra.
“Puasa…”
Jawab keduanya serentak dengan suara perlahan.
Imam
Hussin tersenyum senang.
“Dan
dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah beserta orang-orang yang
ruku’.”
Surah
Al Baqarah Ayat 43.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.”
Surah
Al Baqarah Ayat 183.
Rasululullah
Sallalahua’laihiwassalam bersabda yang bermaksud,
“Puasa
itu perisai (dari neraka dan dosa).”
Riwayat
Ahmad, Hadis no. 23477
“Setiap
amalan anak Adam dilipatgandakan sepuluh kali ganda, kecuali puasa; ia
untuk-Ku, dan Aku yang akan membalasnya.”
Riwayat
Bukhari dan Muslim
~Selamat
menjalani ibadah puasa.~
TAMAT.

No comments:
Post a Comment