Wednesday, April 24, 2024

Nak ke mau?


Assalammualaikum...


 Korang.

Sebenarnya kan.. penulis tengah mengusahakan cerita ‘Jangan Sentuh Mereka!’. 

Jap jap. Segan laaaa panggil diri sendiri penulis. huuu. ok. si Laila tengah mengusahakan 1 karya baru, masih lagi berunsur seram mixed thriller (beselah kan. si Laila ni suka campur-gaul sesedap rasa. 
Nak classify genre buku pun dh pening. hakhak.)

Tapiiii… ter stuck lama pula.., atas sebab-sebab tertentu. (lambakan baju-baju tak berlipat dalam bakul yang membukit bukanlah salah satu daripadanya. sob sob.)
 
Dia macam ni.. bila smpai.. satu-satu ujian dalam hidup kita.. yang agak besar.. yang agak berat.. yang buatkan kita ditekan jatuh terperosok ke sudut paling bawah.., dalam lubang gelap yang dalam dan sempit.. (tudia… nak habaq kata teruk sangat tu. Over la Laila niiii) memang akan ambik sikit masa… untuk kumpulkan semua kekuatan dalam tubuh.. untuk merangkak keluaq dari tempat teruk tu… DENGAN izin Allah.. DENGAN bantuan Allah.. (i’m not okay.. but i’m trying so hard to be.. and that’s what counts… right, right?)

Terima kasih.. untuk semua keluarga dan sahabat yang selalu mendoakan si Laila seikhlas hati… 
maaf.. buatkan anda semua risau dan susah hati… 
terima kasih.. kerana bagi ruang dan masa.. utk si Laila pick up balik all the shattered pieces of her (ni kalau biaq kat dia satgi tak pasai jadi lagu.) 

Mudahan Allah balas kebaikan dan keikhlasan hati anda semua… dan menghujani kalian dengan limpah kurnia rahmat dan kasih sayangNya. Aamiin Ya Mujib.. 

Haa panjang ngat aih melalut. nak habaq sikit ja. sebab ter stuck tu… sementara nak amik mood untuk tenggelam balik dalam 
‘Jangan Sentuh Mereka!’ … si Laila santaikan kepala kejap dengan cerita ringan dalam karya pendek ‘Suara Malam’. 

Korang nak baca tak?? Nak ke mau?? hihi.

No comments:

Post a Comment