CINTA DARI IBLIS
Bab
17
MEREKA
semua pulang ke rumah Pakcik
Usman dan Makcik Maryam. Aaira naik bersama Kairi. Manakala Pakcik Usman dan
Makcik Maryam ikut naik bersama Ziyad dan Mikayla.
“Kursus abang macam mana?” Soal Aaira memecah
kesunyian.
“Abang kena pergi sana balik ke?” Tanya Aaira lagi.
“Kenapa… sayang takut rindu abang lagi ea…” Soal Kairi kembali, mengusik si
isteri.
“Ha’ah… rindu
sangat tau tak… apa abang dah buat kat sayang..” Rengek Aaira manja, sambil
melentukkan kepalanya ke bahu si suami.
Kairi ketawa kecil.
“Tak lah sayang…tak kan lah abang nak tinggalkan
sayang dalam keadaan macam ni…” Ujarnya perlahan.
Kemalangan yang berlaku pada isterinya benar-benar
membuatkan dia kecut perut.
“Abang ambil cuti beberapa hari ni. Temankan sayang
kat rumah ibu. Hujung minggu nanti baru kita balik rumah kita ea…” Sambungnya
lagi.
“Lagipun abang suka lah sayang manja-manja macam ni
masa kat rumah ibu. Kat rumah kita
sayang tak macam ni pun…?” Adu Kairi.
“Err…tak eh? Ye ke?” Soal Aaira pula, tak nak
mengaku.
“Nanti kalau sayang asyik manja je, abang rasa rimas, macam mana?” Soalnya lagi, sengaja menduga
si suami.
“Ish….abang
laaaagi suka bila sayang manja-manja, tau.” Balas Kairi mesra.
“Ok..kalau macam tu… sepanjang sayang cuti sakit ni…,
abang manjakan sayang banyak-banyak ea..” Pinta Aaira. Sudah merancang untuk
membuli si suami.
“Ishh..boleh…tak
ada masalah….tapi…sayang kena kissss
abang banyak-banyak ea…” Balasnya,
tidak mahu mengalah.
Mereka sama-sama tertawa bahagia.
MALAM itu semua anak beranak Pakcik Usman berkumpul di
rumahnya dan makan malam bersama-sama. Kairi meletakkan seketul ayam goreng ke
dalam pinggan nasi Aaira. Kemudian dicedukkan sayur dan sambal pedas tempe.
“Terima kasih abang…” Ujar Aaira lembut.
Dia mencubit ayam goreng yang diletakkan Kairi
namun cepat-cepat dilepaskannya semula. Jarinya dihisap. Panas.
“Panas ke?”
Tanya Kairi. Aaira menjawab dengan anggukan.
Tanpa berlengah, dicubit-cubitkannya ayam goreng
yang masih panas di dalam pinggan si isteri. Langsung tak sedar mereka sedang
diperhatikan.
“Haa eloklah kamu layan dia macam budak kecil,
Kairi. Makin menjadi-jadilah perangai manja dia tu nanti.” Tegur Makcik Maryam.
“Nah! Cubitkan ayam aku sekali.” Ujar Ziyad pada
Kairi sambil menghulurkan seketul ayam.
Mereka yang lain hanya menyambut dengan ketawa.
“Eh esok Kairi dengan adik ikut kitorang pergi
rumah abang long ea. Tolong kitorang kemas-kemas, pindah masuk.” Pinta Ziyad.
Ziyad baru
mendapat kunci apartment yang dibelinya beberapa bulan sebelum menikahi
Mikayla. Mereka merancang untuk berpindah masuk dalam masa terdekat.
“Lagipun korang
tak pernah tengok lagi rumah abang. Ibu ayah dah pergi dah hari tu.” ujarnya
lagi.
“Emm…ada
upah tak? Kalau ada, adik on.” Jawab
Aaira.
“Amboi…orang minta tolong, dia nak upah-upah pulak.
Ini kalau Kairi takde ni memang tahulah nasib awak. Penyeklah hidung tu abang
picit.” Bebel Ziyad.
Lantas Aaira meletakkan kepalanya di bahu Kairi
sambil menjelirkan lidah kepada abangnya. Tetapi kemudian Kairi tiba-tiba
menghulurkan tangan kirinya yang masih bersih kepada Ziyad. Lantas Ziyad
menepuk tangannya, juga dengan tangan kiri.
“Servis bertukar tangan.” Ujar Ziyad sementara
Kairi laju memicit hidung Aaira yang masih menyandarkan kepala di bahunya.
“Abangg…!” Ujar Aaira separuh menjerit.
“Abang geng dengan siapa ni…” Katanya lagi sambil
menarik muka masam.
Lantas disambut dengan ketawa mereka sekeluarga.
Senang hati Pakcik Usman dan Makcik Maryam melihat telatah anak menantu.
“Ya Allah…lindungilah keluarga ini.. rahmatilah
kami dengan rahmatMu yang luas…” Dalam diam Pakcik Usman memanjatkan doa.
Selesai makan malam, Aaira turut sibuk nak membantu
mengemas dapur, tapi dilarang oleh ayahnya.
“Adik pergi naik rehat sana. Sapu ubat ke apa ke.
Kalau esok masih sakit-sakit tubuh, ayah tak bagi ikut pergi rumah abang long.”
Ujar Pakcik Usman
“Eh..tak… adik nak ikut… ok adik pergi sapu ubat sekarang.” Balas Aaira.
“Kamu pun pergilah Kairi, rehatlah… kamu tu dari
Kuala Lumpur tadi.” Sambung Pakcik Usman
Kairi akur lalu beredar naik ke atas bersama
isterinya. Aaira mencapai botol ubat di atas meja.
“Sini sayang, abang tolong.” Pinta Kairi.
“Abang tak letih ke? Abang tidurlah…sayang
boleh buat sendiri.” Ujar Aaira.
“Ish..mana
boleh..kan sayang dah janji nak manja banyak-banyak dengan abang…lepas tu…”
Usik Kairi sambil tersengih nakal. Aaira hanya tertawa.
“Sakit ke
sayang?” Tanya Kairi sambil menyapukan ubat ke bahu kiri isterinya.
“Kalau tekan sakitlah… kalau tak takde rasa
apa pun… peha pun sama.” Jawab Aaira.
“Tapi betis kiri sayang ni… rasa lenguh je
sentiasa…rasa berat..” Adunya.
“Lenguh? Meh
sini, biar doktor ubatkan.” Ujar Kairi.
Digosok-gosok kedua tapak tangannya kemudian
ditiup-tiup seolah-olah membaca jampi. Aaira pula dah tergelak-gelak melihat
gelagatnya.
“Ini tuan doktor ke tok bomoh?” Sindirnya nakal.
“Haip!
Jangan kacau doktor nak ubatkan ni.” Kairi pura-pura serius.
Bertambah mengekek Aaira dibuatnya. Kairi
menyapukan minyak sambil mengurut betis isterinya perlahan. Dibacakan juga
beberapa potong ayat suci al Quran. Barulah Aaira rasa selesa sikit.
“I love you
abang…” Ujarnya perlahan sambil melangkah masuk ke alam mimpi.
KEESOKAN harinya, Aaira rasa lebih segar. Dia turun ke
dapur menyertai Makcik Maryam dan Mikayla menyediakan sarapan. Pakcik Usman,
Ziyad dan Kairi masih belum pulang dari berjemaah Subuh di masjid.
Dilihatnya Mikayla sedang menghidangkan sarapan di
atas meja. Makcik Maryam sudah menyiapkan nasi lemak dengan sambal telur. Ikan
bilis goreng dan ayam goreng berempah pun ada. Tadi tak rasa macam lapar pun.
Nampak sahaja hidangan menyelerakan itu di atas meja, terus berkeruk perut
Aaira minta diisi.
“Kamu rasa macam mana hari ni? Sakit-sakit badan
tak?” Tanya Mikayla.
“Alhamdulillah takde..ok je… jadi kan nak pergi rumah
kamu dengan abang long kejap lagi?” Tanyanya kembali.
“Doktor bagi cuti suruh dia rehat, dia sibuk nak
pergi berjalan pulak.” Bebel Makcik Maryam
“Alaa…adik nak ikut je…tolong-tolong sikit
je…tak buat kerja berat-berat pun ibu…boleh kan ibu?” tanya Aaira, sambil buat
muka kesian.
“Yelah
tu…” Balas Makcik Maryam
“Hari tu jealous
sangat aku cuti. Ha, sekarang kau pun dapat cuti dah.” Sampuk Mikayla pula.
“Ye jugak
kan…inilah hikmahnya..” Gurau Aaira.
“Adik tu naik kereta aja teruslah baca doa… jangan kejap baca kejap tak baca. Baca doa Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi
syai’un fil’ardhi wala fissama’i wahuwassami’ul alim tu. Doa tu besar
maksudnya. Dengan menyebut nama Allah yang bersama namaNya sesuatu itu tidak
berbahaya di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
InshaAllah Tuhan lindung kamu.” Terang Makcik Maryam panjang lebar.
“Kesian dengan si Kairi tu. Sudahlah dia kehilangan
ibu dengan ayah dia dalam kemalangan jalan raya juga..masa kecil lagi pula tu.”
Sambung Makcik Maryam lagi.
“Baik ibu..InshaAllah adik cuba amalkan.” Aaira
akur tanpa membantah.
“Wahh…sedapnya bau…ibu masak nasi lemak ke? Dan-dan
lapar perut Ziyad ni.” Tegur Ziyad yang baru melangkah masuk ke dapur, diekori
oleh Kairi dan Pakcik Usman.
“Marilah duduk makan sama-sama. Sekejap lagi ibu
dengan ayah nak pergi rumah besan Mak Ngah sekejap. Mak Ngah ada kat sana. Nak
ziarah si Hanim dengan baby baru..
dia balik berpantang kat rumah mertuanya. Tiga orang dah anak dia.” Ujar Makcik
Maryam panjang lebar.
“Oo…ingatkan ibu dengan ayah nak pergi rumah abang
long sekali.” Sahut Aaira.
“Ibu dengan ayah baru je pergi hari tu… nanti hari
lain pergi lagi. Adik nak ikut abang long ke? Badan rasa macam mana?” Soal
Pakcik Usman.
“Alhamdulillah ok je ayah.. adik nak ikut..
adik nak tengok-tengok, tolong-tolong sikit-sikit je. Adik janji tak buat kerja
berat. Boleh ya, ayah?” Pinta Aaira.
Ditayangkan muka kesian yang sama yang ditayang
pada ibunya sebentar tadi.
“Hmm..yelah..
elok-elok pergi tu.” Balas ayahnya.
“Takpe ayah..tahulah Ziyad nak bebelkan dia kalau
tak dengar cakap nanti.” Sampuk Ziyad pula.
Mereka menjamah nasi lemak yang disediakan oleh
Makcik Maryam dengan begitu berselera. Memang tak dapat dinafikan, sedap hingga
menjilat jari!
Selesai makan, Ziyad, Mikayla, Kairi dan Aaira
bersiap-siap untuk pergi ke rumah Ziyad. Manakala Pakcik Usman dan Makcik
Maryam bersiap untuk melawat Kak Hanim dan bayi barunya.
“Ada barang lagi tak?” Soal Kairi yang sedang
membantu Ziyad memuatkan beberapa barang yang akan dibawa bersama ke dalam
bonet kereta.
“Dah..habis dah..itu je.” Sahut Mikayla.
Mereka berempat pergi dengan menaiki satu kereta.
“Wah..bestlah abang long dengan Mikayla. Boleh
mandi kolam hari-hari macam ni.” Ujar Aaira yang teruja melihat kawasan
apartment Ziyad.
Ada pelbagai kemudahan termasuk kolam renang yang
agak luas.
“Kalau kamu nak berenang nanti ajak je Kairi datang
sini.” Sahut Mikayla.
“Ha’ah…abang
long ambik sejam 50 ringgit je.” Usik Ziyad pula.
Aaira mencemikkan muka.
“Baik pergi waterpark.
50 ringgit dah boleh berenang seharian.” Balas Aaira, tidak berpuas hati.
“Sayang nak berenang ke? Nanti abang belikan
kolam yang boleh pam tu kat rumah ea…” Usik Kairi pula. Sengaja
menambahkan inci di muncung panjang si isteri.
“Wah…luas juga dalam dia…cantik…” Puji Aaira yang
baru melangkah masuk ke dalam rumah abangnya.
“Ini belum habis masuk barang lagi…nanti dah tambah
perabot takdelah luas mana pun…” Sahut Ziyad.
Mikayla sudah mula memasukkan barang yang dibawa ke
dalam bilik. Kairi dan Ziyad pula masih berulang-alik mengangkat barang yang
lebih berat dari dalam kereta bersama-sama.
“Aku jalan-jalan tengok rumah kamu tau…” Laung
Aaira meminta izin pada Mikayla yang sedang berada di dalam bilik.
“Iye…buatlah
macam rumah sendiri…” Laung Mikayla kembali.
Aaira melangkah ke bahagian dapur yang kelihatan
agak gelap. Diraba-rabanya bahagian dinding mencari suis lampu. Tiba-tiba
telinganya menangkap bunyi seperti seseorang sedang mengunyah dan menghirup
sesuatu.
Aaira cuba memfokuskan pandangannya dalam gelap
itu. Dia nampak seperti ada seseorang sedang mencangkung di atas meja
membelakangkannya, mungkin sedang menjamah sesuatu. Dikecilkan matanya, cuba
mengamati susuk tersebut.
Tiba-tiba susuk itu berpaling memandangnya. Makhluk
yang berambut panjang menggerbang itu kelihatan seakan-akan makhluk yang pernah
dia nampak sewaktu di majlis pernikahannya dahulu.
Makhluk itu menyeringai, menayangkan taringnya yang
tajam kepada Aaira. Mulutnya penuh dengan sesuatu yang kelihatan seperti isi
daging yang busuk dan berulat. Di tangannya pun sama. Darah dan ulat
meleleh-leleh tumpah dari mulut dan tangannya. Kemudian makhluk itu tiba-tiba
melompat turun dari atas meja ke bawah.
Aaira cuba menjerit memanggil Mikayla, tetapi
suaranya tidak keluar. Dia cuba membaca ayat Qursi, tetapi ayat itu seolah-olah
hilang dari kotak memorinya. Dia hanya mampu tercegat di situ menanti apa yang
akan berlaku seterusnya. Dada Aaira mula terasa sesak, sangkanya makhluk itu
pasti akan menerkamnya.
Tetapi sebaliknya, makhluk itu melemparkan sesuatu
di atas lantai, tidak jauh dari Aaira. Aaira cuba mengamati benda yang
dilemparkan ke lantai. Seekor ular!
Seekor ular hitam yang besar, seakan-akan sama
seperti ular yang dihalau ayahnya di rumah dan ular yang dibunuh oleh Fikri di
bilik mesyuarat tempoh hari. Muka Aaira sudah membiru. Hendak lari pun dia
tidak mampu. Allah. Hanya itu yang mampu disebut di bibirnya dan di hatinya.
Seolah-olah mendengar bisikan Aaira menyebut nama
Allah, ular hitam tersebut yang tadinya hanya melingkar di lantai sambil
menjelir-jelirkan lidah, mendadak meluru menyusur ke arah Aaira lalu
mematuknya!
Aaira merasakan kakinya seperti ditusuk dengan besi
yang tajam berduri dan panas berapi. Darah menderu naik ke kepalanya. Rasa
sakit itu keterlaluan untuk ditahan oleh Aaira. Aaira rebah ke lantai, tidak
sedarkan diri.
Mikayla yang sedang menyimpan baju ke dalam almari
tersentak mendengar bunyi seolah-olah benda berat jatuh ke lantai.
“Aaira?? Kamu ok ke? Apa yang jatuh tu?”
Laungnya.
Sunyi. Tiada sahutan dari Aaira. Lalu Mikayla
bergegas menuju ke arah datangnya bunyi tersebut.
“Ya Allah..Aaira! Kenapa ni?!” Jerit Mikayla
apabila melihat Aaira yang sudah terbaring di lantai.
“Abang…! Abang…!” Laungnya memanggil Ziyad apabila
mendengar bunyi pintu rumah dibuka.
“Ye?
Sayang kenapa?” Ziyad kelam kabut meluru ke dapur. Kairi turut mengekori dari
belakang.
“Ya Allah…adik! Kenapa ni?” Tanya Ziyad terkejut.
“Sayang?! Sayang!” Panggil Kairi cuba mengejutkan
Aaira.
Diangkatnya isterinya itu lalu dibaringkan di sofa
di ruang tamu. Mikayla terkocoh-kocoh datang membawa segelas air.
“Apa yang dah jadi?” Soal Ziyad pada isterinya.
“Sayang tak tahu…tadi sayang tengah kemas baju,
tiba-tiba dengar bunyi benda jatuh. Tengok-tengok Aaira dah pengsan kat
lantai.” Jelas Mikayla.
Kairi membacakan Surah al fatihah, ayat Qursi dan 3
Qul lalu ditiup ke dalam air. Kemudian direnjis-renjis ke muka Aaira dan disapu
perlahan ke seluruh wajahnya. Perlahan-lahan Aaira mulai sedar. Terkebil-kebil
dia melihat mereka semua mengelilinginya.
“Kenapa ni?” Dia pula yang bertanya kepada mereka.
“Kamu pengsan tadi. Tiba-tiba dah terbaring kat
depan dapur.” Pantas Mikayla menyahut.
“Pengsan?” Tanya Aaira kembali.
“Apa yang dah jadi? Kenapa adik pengsan?” Soal
Ziyad pula.
“Tadi…adik jalan-jalan tengok rumah…lepas tu adik
pergi dapur… lepas tu..” Aaira terhenti.
“Lepas tu?” Soal Kairi pula.
“Lepas tu…tak tahu…” Jawab Aaira.
Dia tidak berbohong. Dia benar-benar tidak tahu apa
yang telah berlaku. Dia tak ingat!
“Sayang tak ingat?” Tanya Kairi lagi.
Aaira terdiam sebentar, cuba juga mengingat kembali
apa yang telah berlaku. Tetapi kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya
perlahan.
“Takpelah…adik
rehat lah dulu… mungkin badan adik masih lemah lagi walaupun tak ada cedera.”
Ujar Ziyad.
Rasa bersalah pula membiarkan adiknya itu ikut
sekali. Sepatutnya dia berehat atau tidur dulu di rumah. Tapi itulah adiknya
seorang tu, kalau tak bagi ikut nanti dia merajuk pula.
“Sayang baring balik. Cuba tidur dulu sekejap.
Abang keluar belikan air manis dulu. Beli makan sekali untuk kita semua kejap
lagi. Kita makan kat rumah sahajalah tengah hari ni, boleh?” Kairi berpaling
kepada Ziyad dan Mikayla, meminta izin mereka.
Ziyad mengangguk-angguk. Memang itu yang terbaik
buat masa sekarang.
“Abang long dengan Mikayla pergilah sambung kemas.
Jangan risau adik ok. Sengaja je adik nak test tengok lantai rumah abang kuat ke tidak.” Aaira
berseloroh, cuba menenangkan abangnya dan sahabat baiknya.
Rasa bersalah juga dia. Sudahlah dia tidak membantu
mereka berkemas, sekarang dia buat mereka risau pula.
“Eeeee…..!”
Ziyad buat aksi memenyek-menyekkan Aaira di depan mukanya. Geram. Sakit-sakit
pun nak buat lawak lagi. Kemudian dia mengarahkan Aaira berbaring semula dengan
jari telunjuknya.
Aaira tersengih. Dia kembali berbaring dan
cepat-cepat memejam mata sambil pura-pura berdengkur. Ketawa mereka melihat
gelagatnya. Kairi mengucup dahi isterinya sebelum keluar membeli makanan.
Manakala Ziyad dan Mikayla menyambung kerja mereka sambil sekejap-sekejap
menjenguk keadaan Aaira.
Aaira terlena tenang di sofa itu sehinggalah Kairi
mengejutkannya untuk makan tengah hari. Chocolate
ice blended kegemarannya pun ada. Kadang-kadang memang seronok jadi orang
sakit.
Petang itu selepas solat Asar berjemaah, mereka
pulang ke rumah Makcik Maryam dan Pakcik Usman. Ziyad mahu memberitahu ibu dan
ayahnya tentang hal Aaira pengsan sebentar tadi, tapi dihalang oleh adiknya.
Tidak mahu ibu dan ayah risau katanya. Walhal dia takut juga dimarahi sebab
degil nak ikut tadi.
Sehari dua itu semua orang melayannya seperti tuan
puteri. Langsung tak dibenarkan dia buat apa-apa kerja di rumah. Lepas tu
dijamu pula dengan makanan yang sedap-sedap. Kan dah cakap, seronok jadi orang
sakit..hehe.
Kairi juga memberikan sepenuh perhatian kepadanya.
Aaira pun seronoklah, bermanja bukan main lagi. Nasib baik tak dimintanya Kairi
mendukung dan mengagahnya seperti bayi kecil.
MALAM itu mereka sengaja membelek album-album lama,
sibuk Pakcik Usman dan Makcik Maryam menunjukkan gambar-gambar lama Ziyad dan
Aaira ketika masih kecil kepada menantu mereka.
“Montelnya kamu dulu weh…” Ujar Mikayla
sambil ketawa.
Kairi pun sibuk nak tengok juga.
“Itu kejap lagi nak gelakkan oranglah tu.” Gumam
Aaira sendiri.
“Eh..ini gambar saya.” Tiba-tiba Kairi bersuara.
Semua orang memandang ke arahnya.
“Ini gambar saya ni.” Katanya lagi sambil menunjukkan
sekeping gambar kepada Pakcik Usman.
Dalam gambar itu ada Ziyad, sedang berdiri di
samping Aaira yang sedang tersengih memegang gula-gula lolipop. Di sebelah
Aaira pula ada seorang budak lelaki seperti sedang malu-malu memandang kamera.
“Budak ni..yang pujuk adik masa tu, kan?” Tanya
Pakcik Usman sambil menunjukkan gambar tersebut kepada Makcik Maryam.
“Ini…budak inilah yang pujuk adik waktu dia sakan
menangis sebab lolipop dia jatuh dalam longkang hari tu. Puas orang lain semua
pujuk. Ziyad siap ajak pergi beli yang baru, tak nak juga dia. Meraung kat situ
macam kena dera. Budak ini tiba-tiba datang beri gula-gula dia. Barulah adik
berhenti menangis. Itu yang sengaja ayahnya mengajak budak ni bergambar
bersama. Ibu bapanya pun baik dan ramah.” Cerita Makcik Maryam panjang lebar.
“Kamu ke budak ni, Kairi?” Tanya Pakcik
Usman pula.
Mereka yang lain hanya mendengar tanpa sepatah
kata. Macam dalam drama pula situasi itu.
“Ya ibu..ini saya… Ini lah hari terakhir saya
keluar dengan mama dan papa…” Dia terhenti sekejap.
“Sewaktu perjalanan pulang, kereta kami dirempuh
dengan kereta yang memotong laju dari
arah bertentangan… mama meninggal di tempat kejadian…ayah pula meninggal dalam
perjalanan ke hospital. Hanya saya je yang selamat…” Ujarnya sayu.
Mereka yang lain terdiam seketika. Tadinya sudah
teruja kerana mereka pernah bertemu sewaktu kecil, sekarang sudah bertukar
simpati. Kasihan pada anak kecil dalam gambar itu. Aaira terus merangkulnya,
sebak. Pakcik Usman pula menggosok-gosok bahunya.
“Tapi tak sangka kan, kita pernah jumpa masa kecil.
Betullah budak perempuan yang menangis tu memang montel!” Ujar Kairi dengan
suara ceria. Membuatkan mereka tertawa kecil.
“Ha’ah
budak montel tu kalau menangis…huhh bingit! Nasib baiklah si Kairi ni dari
kecik lagi dah pandai memujuk.” Sahut Ziyad pula. Berderai lagi ketawa mereka.
Ya Allah..sungguh indah aturanMu.

No comments:
Post a Comment