SUARA MALAM
Bab 7
SUDAH lebih 6 bulan batch
senior mereka keluar praktikal di negeri yang berbeza-beza. Selama itu
jugalah Lana tidak bertemu muka dengan Harris. Seingatnya kali terakhir adalah ketika
mereka bertembung di perpustakaan. Tetapi sebaliknya mereka menjadi lebih rapat
kerana sering berhubung melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas.
Khabarnya
hari itu senior mereka semuanya sudah selamat pulang ke kampus.
Berdebar-debar Lana menunggu wajah yang diharapkan muncul. Terjengah-jengah dia
mencari kelibat lelaki itu dalam kumpulan senior yang sedang berjalan
beramai-ramai menuju ke kafeteria. Langsung tidak kelihatan wajah yang
dicarinya di mana-mana.
Wan
dan Syu yang perasankan tingkahnya hanya menggelengkan kepala dan menahan tawa
bersama.
“Cari
abang ke?” Sergah Harris dari belakang Lana.
Terlompat
gadis itu dibuatnya. Mujur pula dia tak buka silat macam yang dibuat Wan hari
tu.
“Ish!
Terkejutlah..” Marah Lana.
Syu
dan Wan di sampingnya mencemikkan muka. Tumpang seronok melihat kebahagiaan
Lana, cemburu, menyampah pun ada!
“Haa..tahu
pun rindu… itulah..masa abang ada, sombong sangat.” Ujar Harris.
Wan
sudah buat gaya mahu termuntah pada Syu. Syu hanya tergelak-gelak sambil
menarik tangan Wan beredar dari situ, meninggalkan pasangan tersebut.
Lana
pula rasa macam nak cabut sahaja kepalanya, masukkan dalam beg! Maluuu…!
SEMESTER mereka untuk tahun itu sudah
berakhir. Hanya 2 semester sahaja lagi yang tinggal untuk Lana dan kawan-kawannya
menamatkan pengajian di universiti tersebut. Paling menggembirakan hati, mereka
semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang untuk semester tersebut.
Lebih-lebih lagi Syu. Siap dapat Anugerah Dekan lagi. Kekuatan tahajjud,
inshaAllah… , Alhamdulillah.
Bukan
itu sahaja, Lana, Wan dan Hawa juga kini sudah ikut istiqamah mendirikan solat
malam tersebut.
“Doa
yang dipanjatkan di waktu tahajjud, itu ibarat anak panah yang tepat mengenai
sasaran.”
[Imam
syafi’i]
“Dan
pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai suatu ibadah)
tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.”
[Surah
Al Isra’ : Ayat 79]
Dari
Abu Hurairah RA, Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwassalam bersabda;
“Sebaik-baik
puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah (bulan Muharram),
sebaik-baik solat setelah solat wajib adalah solat malam.”
[HR.
Muslim no.1163]
“Terima
kasih Syu, menarik kami semua ke arah kebaikan. Semoga kita semua bersahabat
hingga ke syurga.” Desis hati Lana semasa memeluk Syu sebelum mereka berpisah
di stesen bas untuk pulang bercuti di kampung halaman masing-masing.
“Dah
habis dah drama air mata korang..? Macam dah tak jumpa lagi je sem
depan. Abang ni, tak nak dipeluk pulak. Sem depan abang dah takde kat
sini tau.” Ujar Harris sebaik dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah Lana di
dalam bas.
Memang
mereka berjanji untuk pulang sekali memandangkan kampung mereka berdekatan.
Lana hanya mencemik dan membetulkan duduk.
“Hish…
janji nak balik sekali je. Bukan nak duduk sekali.” Bebelnya dalam hati.
“Macam
mana aku nak tidur macam ni…” Sungutnya lagi, sudah membayangkan
ketidakselesaan duduk di sebelah lelaki itu sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6 jam itu.
Ternyata,
kerisauannya itu tidak bertempat. Belum pun sampai setengah jam bas bergerak,
dia sudah terlena dengan aman tanpa mempedulikan sesiapa.
PERLAHAN Lana membuka mata. Bas yang berhenti
membangunkannya dari tidur. Terkejut bukan kepalang dia apabila sedar yang
kepalanya sedang beralih ke arah Harris, dan lelaki itu pula sedang tersenyum
memandangnya dengan begitu dekat sekali. Entah sejak bila!
Rasanya
mulutnya ternganga semasa tidur tadi. Maaakkkk….! Menangislah si Lana sendirian
dalam hati.
“Lana…”
Panggil Harris lembut.
Lana
hanya menundukkan kepala ke bawah, menekur lantai.
“Cuti
ni… boleh family abang jumpa family Lana..?” Soal Harris terus
terang.
“Haa?” Spontan Lana berkalih memandangnya.
Harris
tersenyum lagi.
“Kita…bertunang
dulu… boleh? Lepas abang dah mula kerja nanti..Lana pun dah habis belajar…,
kita nikah..?” Soal Harris lagi.
Lana
keras terkaku.
Ya Allah…kami redha Allah Tuhan kami, kami
redha Islam cara hidup kami, dan kami redha Nabi Muhammad
Sallalahu’alaihiwassalam Nabi dan Rasul kami.
TAMAT.

No comments:
Post a Comment