Bab 5
SHUK terjinjat-jinjat sambil
memegang bahagian atas palang tingkap kayu yang terbuka luas di bilik mereka.
Sekejap kemudian dia terlompat-lompat ringan pula. Testing kaki.
“Ish dia
ni...main lompat-lompat pulak. Karang
tergeliat balik kaki tu, kan susah.” Marah Amri. Marah risau.... marah sayang.
“Tak sakit langsung
dah?” Soal Harris yang sedang bertenggek di atas palang tingkap di sebelah
Shuk.
Suasana malam di
kawasan pedalaman begitu benar-benar mengujakan seluruh sistem tubuhnya. Tenang
dan mendamaikan.
“Tak sakit langsung weh.
Kelmarin tersentuh sikit pun sakit.” Adu Shuk bersungguh.
“Alhamdulillah....”
Balas Harris lega. Bersyukur.
Nyaris sahaja
percutian mereka kali itu bertukar menjadi bencana.
Amri yang sedang
terbaring di katil dengan kakinya masih di lantai, tiba-tiba bingkas menyacak
bangun. Bulat matanya merenung kedua-dua rakannya.
Bunyi apa tu?
“Eh. Shuk. Cuba kau
diam kejap.” Pinta Amri. Wajahnya kelihatan serius.
Shuk yang tadinya
sedang melompat-lompat ringan terdiam. Harris juga menumpukan pandangan kepada
Amri.
“Thud!
Thud! Thud!”
Bunyi melompat
seakan-akan lompatan Shuk tadi menyapa pendengaran mereka bertiga. Tapi
kedengaran sayup-sayup, dari luar rumah. Spontan mereka berkalih ke arah luar.
Mata masing-masing dikecilkan, cuba memfokuskan pandangan, mencari punca bunyi
tersebut di sebalik gelap yang membaluti malam.
“Thud!
Thud! Thud!”
Berderau darah Shuk
dan Harris.
Harris serta merta
bingkas dari duduknya. Shuk pula sudah terundur beberapa tapak ke belakang.
“Kenapa? Ada apa kat
luar tu?” Soal Amri yang masih duduk di birai katil Cuak melihat reaksi
kawan-kawannya.
“Thud! Thud! Thud!”
Bunyi yang tadinya
sayup-sayup kendengaran semakin mendekat.
“Allahu Akbar!” Keras
dan bergetar suara Harris melafazkan kalimah agung tersebut.
Seraya itu kelam
kabut dia menarik daun tingkap dengan tangan yang menggigil.
“Tu...tutup weh!
Tutup cepat!” Arahnya pada Shuk yang masih berdiri terkedu beberapa langkah
dari tingkap.
Teragak-agak Shuk
untuk beberapa saat sebelum menerpa membantu Harris menutup tingkap. Terketar-ketar
tangannya mengunci selak tingkap.
“Tamm! Tamm! Tamm!”
Bunyi melompat-lompat
tadi kini bertukar menjadi bunyi hentaman sederhana kuat di daun tingkap.
Serentak Harris dan Shuk terundur ke belakang. Amri pula sudah berdiri tegak di
belakang keduanya.
“..’Dia’ ketuk
tingkap pulak dahhh.... Eh, tapi.. macam mana ‘dia’ ketuk. Bukan tangan ‘dia’
terikat ke... takkanlah...dia hantuk pakai kepala pulak?”
“...kalau hantu cina,
logiklah juga, tangannya tegak ke depan...” Sempat pula Harris berdialog
sendirian di dalam hatinya. Membayangkan apa yang sedang berlaku di sebalik
kepingan tingkap yang tertutup rapat.
“Harris...buatlah
apa-apa...” Bisik Shuk di sebelah, mengharapkan rakannya itu melakukan sesuatu
untuk menghalau makhluk berbungkus yang mereka nampak tadi.
Kalau nak diharapkan
dirinya, tak sebaris ayat suci al Quran pun yang mampu dibacakan saat itu.
Sipi-sipi je lagi dia nak terkencing dalam seluar. Harris menarik nafas
panjang, cuba mengatur detak jantung yang dari tadi sudah berterabur. Mata
dipejam rapat, dengan kedua tangan diangkat merapati telinga, bersedia untuk
melaungkan azan.
“Thud....! Thud.......!”
Belum sempat azan
dilaungkan, bunyi hentakan di daun tingkap mendadak berhenti. Sekaligus
digantikan dengan bunyi lompatan menjauhi tingkap.
“Ben.... benda apa
tadi tu....” Soal Amri separuh berbisik, setelah berasa pasti ‘benda’ itu telah
pergi dari situ.
Shuk dan Harris
menelan air liur yang terasa kesat. Soalan Amri terbiar sepi tanpa jawapan.
“Di... dia... ikut
kita ke... weh...” Soal Shuk pula kepada Harris.
Pertanyaannya juga
tidak bersambut.
Akhirnya mereka hanya
saling berpandangan antara satu sama lain.
BUNYI telefon bimbit mengejutkan
Lana yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala. Skrin telefon diperhatikan
seketika sebelum panggilan dijawab dengan senyuman menghiasi bibir.
“Hello..
Asslammualaikum...” Sapanya mesra.
“Err...
waalaikumsalam... Lana...” Tegur Harris di hujung talian.
“Lana buat apa tu,
tak tidur lagi?” Soalnya.
“Belum lagi...baru
siap-siap nak tidur.” Jawab Lana jujur.
“Err... pintu,
tingkap semua dah kunci?” Soal Harris lagi.
Spontan Lana
melemparkan pandangan ke arah pintu. Matanya dikecilkan. Selaknya sudah
terkunci. Kemudian dilemparkan pula pandangan ke arah tingkap. Baru dia perasan
tingkap di sebelah kiri bilik itu belum lagi berkunci selak.
“Ala...nasib baik
abang Harris tanya. Syu lah ni tadi buka tingkap ni. Tutup tak kunci balik.”
Leter Lana pada Harris.
Pantas sahaja dia
bangun merapati tingkap dengan telefon bimbit masih melekap di telinga.
Dua langkah sebelum
sampai ke tingkap, tiba-tiba daun tingkap terbuka kasar!
Berhayun daun tingkap
tersebut kerana terbuka dengan kuat. Terkejut Lana dibuatnya. Terjatuh telefon
bimbit yang dipegang ke lantai. Hawa yang tadinya sudah terlelap di katil turut
terjaga, terkejut dengan bunyi yang terhasil.
Wan yang sedang leka
menatal skrin telefon juga terkedu memandang Lana dengan tingkap yang sudah
terbuka luas di hadapannya. Syu pula sedang berada di dalam bilik air.
Belum sempat lagi
debaran di dada Lana mereda, muncul pula pocong betul-betul di depan tingkap.
Anak tekak Lana terasa bagaikan sudah tertelan masuk ke perut. Tak mampu
bersuara lagi. Kakinya seolah sudah terpaku rapat ke lantai. Jangankan nak
lari, nak menguit sedikit pun tak boleh lagi dah.
Mujur sahajalah
seluruh wajah makhluk itu berbungkus kemas di dalam kain putih. Buatnya dia
tersengih kerang pada Lana ketika itu, mahunya histeria gadis itu saat itu.
“Lana....” Panggil
Wan perlahan. Kaget melihat gadis itu keras terpaku di depan tingkap.
Apa yang dilihatnya
di luar tu?
“Dammm!!”
Serentak itu juga
kedua-dua belah daun tingkap yang berayun deras tadi berdentam tertutup rapat.
Macam nak terlucut
jantung gadis-gadis itu dibuatnya.
Lana terduduk di
lantai. Lembik sudah kedua kakinya. Wan menerpa mendapatkannya.
Selang beberapa saat
selepas itu kedengaran bunyi ketukan bertalu-talu di pintu bilik. Suara panik
Harris memanggil-manggil nama tunangnya jelas kedengaran di sebalik pintu.
Hawa dan Wan saling
berpandangan. Kelam kabut mereka mencari tudung dan kain untuk menutup kepala.
Wan menyarung tudung di kepalanya sendiri, dan menutupkan kepala Lana yang
masih terjegil memandang tingkap dengan tuala yang tersangkut di bahu gadis
itu. Hawa yang sudah bersedia untuk membuka pintu pula memberikan isyarat
kepada Syu yang baru keluar dari tandas untuk memakai tudung.
“Lana! Lana!” Harris
tergesa-gesa mendapatkan tunangnya yang kelihatan terduduk di lantai di depan
tingkap, sebaik pintu bilik dibuka.
“Korang semua ok
tak?” Soal Shuk cemas.
“Tingkap!” Laung
Harris pada rakannya.
Pantas Amri menerpa
dan mengunci tingkap yang tertutup rapat.
“Lana... abang ni...”
Panggil Harris lembut.
Lana masih tidak
mengalihkan pandangan dari tingkap. Matanya langsung tidak berkelip.
“Ambilkan air.” Arah
Harris dengan suara menggeletar.
Lafaz ta’awuz, surah
Al Fatihah, ayatul Qursi, dan 3 Qul berserta selawat dibacakan pada segelas
air, sebelum Harris merenjiskannya pada wajah Lana. Setelah itu barulah Lana
mengelipkan matanya yang mula memerah dan berair.
“Abang....”
Panggilnya dengan suara yang serak mahu menangis.
Mahu sahaja dia
memeluk tubuh lelaki itu ketika itu. Mujurlah akal warasnya masih berfungsi.
Lana betul-betul terkejut dan ketakutan.
“Ye... abang
ada kat sini. Lana ok, Lana selamat...” Sahut Harris pantas.
“Lana minum air ni
dulu ya... Lana terkejut ni...” Pinta Harris lembut, sambil menyuakan gelas air
ke bibir gadis itu.
“A....apa yang jadi sebenarnya...
Lana nampak apa...” Soal Wan perlahan, sambil mengarah pandangan kepada teman
lelakinya, Shuk.
Buat kesekian kalinya
Shuk, Harris dan Amri saling berpandangan antara satu sama lain. Sebelum
diturut serta oleh gadis-gadis tersebut.

No comments:
Post a Comment