Bab 1
“MALAM
ni abang tarawih kat masjid?” Bual Nadya sambil menyuapkan nasi ke
mulut.
Nasi
daging viral yang dibawa pulang suaminya dari bazar tadi mengujakan
tunas rasanya. Cukup rasa segala rempah di nasi, makan kosong saja pun dah
sedap! Dagingnya pula dimasak dengan kelembutan yang sempurna. Betul-betul
membuka selera setelah beberapa hari lidahnya mati rasa.
Seingatnya
Nadya jatuh demam sejak sehari sebelum Ramadhan. Tinggi juga panasnya. Tekaknya
juga terasa perit dan pedih setiap kali menelan liur. Barangkali disebabkan
cuaca yang terlalu panas sekarang. Mujurlah demamnya tidak lama dan bengkak di
tonsilnya cepat surut. Berkat ikhtiar antibiotik yang dibekalkan doktor. Dapatlah dia menikmati Ramadhan
dengan lebih selesa.
“Ha’ah…
tak nak start tinggal… nanti jadi malas..” Sahut Faizal dengan mulut
separuh penuh.
Nadya
menganggukkan kepalanya perlahan, menyetujui pengakuan suaminya.
“Eh,
jiran sebelah tu dah settle pindah ke? Tengok tadi dah dekat
Mahgrib pun sibuk angkat-angkat barang lagi.” Soal Faizal.
“Entahlah..
masa dekat nak azan tadi senyap je dah… tapi tak ada nampak kelibat tuannya
pun…” Sahut Nadya.
Faizal
mengangguk-anggukkan kepalanya. Mata masih difokuskan kepada nasi di dalam
pinggan.
“Diorang
hantar barang je dulu kut…” Balasnya, membuat kesimpulan sendiri.
“Ada
orang pindah kat sebelah ke mama?” Soal Faiqa, matanya dibulatkan,
teruja.
“Ha’ah,
tadi kakak dengan mama nampak diorang tengah sibuk-sibuk angkat
barang-barang, almari semua.” Sahut Fiya, ikut menyertai perbualan mereka.
“Wahh…
bestnya kalau ada kawan baru! Boleh adik main hari-hari. Kakak bukan nak
main dengan adik pun.” Bibirnya
dijuihkan seketika, sebelum senyuman kembali menghiasi wajahnya.
Angan-angan
dipasang indah untuk berteman dengan sahabat baru. Tak sabar nak bermain
bersama. Mana tidaknya, boleh dikatakan deretan rumahnya yang terletak di
bahagian hadapan taman itu tidak ada kanak-kanak seusianya.
Kebanyakannya
tinggal di bahagian tengah dan belakang taman perumahan kecil itu. Termasuk
juga dua orang sahabatnya yang belajar di dalam kelas yang sama dengannya di
sekolah. Taman permainan yang dibina juga berada di bahagian belakang taman
perumahan tersebut.
Faiqa hanya dapat bermain di situ jika papanya
pulang kerja awal dan menemaninya dan Fiya bermain. Ibunya tidak membenarkan
mereka keluar bermain sendiri. Sudahnya dia hanya bermain dengan si kakak
sahaja di dalam rumah. 50% bermain, 50% lagi berperang. Gaduh adik kakak… Seminit
berbaik, seminit ribut taufan, dan berbaik semula pada minit seterusnya.
“Ya
lah, main je kerjanya… makan cepat, nanti lewat nak solat.” Tegur Nadya,
mematikan lamunan si puteri kecil.
“TUK
TUK!”
Ketukan
kecil di bilik tidurnya mengejutkan Nadya yang masih berteleku di atas sejadah,
tenggelam dalam lamunan sendiri.
“Mama.” Panggil Fiya.
Spontan
Nadya berkalih memandang ke arah anak sulungnya yang berdiri tercegat di muka
pintu.
“Mama. Ni…” Kata-kata Fiya terhenti separuh.
Kelihatan
si adik menjengulkan kepala di belakang kakaknya. Nadya mengerutkan dahi, masih
tidak dapat menangkap apa yang mahu disampaikan oleh anak-anak gadisnya.
Belum
sempat dia membuka mulut mahu bersuara, kelihatan si Faiqa menarik lengan
seorang budak perempuan, menggesanya menonjolkan diri di hadapan Nadya.
Tubuhnya
kecil, lengkap berbaju kurung polos berwarna merah darah, dengan rambut
lurusnya dibiarkan lepas di paras bahu. Dapat dianggarkan usianya sekitar 8
tahun, sebaya dengan Faiqa. Gadis kecil itu kelihatan takut-takut berdepan
dengan Nadya. Bertambah lagi garisan lipatan kedutan di dahi wanita itu.
“Anak
siapa pula ni…?”

No comments:
Post a Comment