Bab
3
NADYA masih
kaku di situ. Keras tidak berkutik. Nafasnya terhenti seketika, sebelum dadanya
kembali berombak, senada lebih kencang dari asal. Kipas yang berputar di siling
ruang tamu terasa memusarkan angin dingin yang lebih sejuk daripada biasa.
Pandangannya
masih terpaku di daun pintu bilik Fiya yang tertutup rapat.
“Apa
yang aku nampak tadi?” Hatinya berbicara sendiri.
Sejenak
kemudian kepalanya digeleng-gelengkan sendiri. Cuba menyangkal imej yang
dianggap mainan minda. Banyak sangat tengok cerita hantu. Itulah…
Seraya
itu tangannya naik menekan tutup suis kipas ruang tamu, yang terletak di
dinding betul-betul bersebelahan pintu bilik tidur anak sulungnya.
“Sejuk
macam nak hujan je…” Omelnya sendiri.
Kain
telekung yang labuh menutupi kaki diangkat kembali, mula menapak ke arah bilik
tidurnya sendiri, mahu ikut mendirikan solat Isya’ seperti anak-anaknya,
sebelum meneruskan tarawih sendirian.
Tubuhnya
dibawa melintasi ruang makan yang memisahkan ruang tamu dan bilik tidurnya dan Faiqa.
Sedikit pun dia tidak sedar, imej Awa dalam biasan cermin hiasan di ruang tamu
tersebut, yang menghantar langkahnya ke bilik dengan renungan tajam.
Kepala
‘anak kecil’ itu tiba-tiba terteleng mendadak ke sebelah kiri, dengan kedudukan
telinganya terbenam rapat ke bahu, seolah-olah tulang tengkuknya dipatahkan,
sebaik sahaja Nadya melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.
KEDUA tangannya
diraup ke muka mengaminkan doa yang dipanjatkan setelah selesai mengerjakan
solat witir.
“Tuk..
tuk..”
Kedengaran
bunyi ketukan pendek dan perlahan di pintu bilik tidurnya, diikuti kelibat Fiya
yang masuk ke bilik dan menghala terus ke arah laci kabinet plastik di sudut
bilik, di mana Nadya menyimpan beberapa barangan termasuk ubatan seperti minyak
gamat.
“Kenapa
tu? Nak ambil apa?” Tegur Nadya.
Fiya
kelihatan kalut mengambil sebotol kecil minyak gamat bersama putik kapas dan
pembalut luka, sebelum cepat-cepat menutup kembali laci, tergesa-gesa mahu
beredar.
“Kan
kakak dah kata, tunggu kat sana.” Bisik Fiya geram.
Kedengaran
suara Faiqa teresak perlahan di luar pintu bilik.
“Fiya…?
Mama tanya ni kan… kenapa tu?” Langkah Fiya terhenti betul-betul di depan pintu
bilik.
Sesaat
kemudian kelihatan Faiqa menjengulkan kepala dengan muka sebek. Kesan air mata
jelas terpalit di wajahnya. Takut-takut dia berjalan menghampiri mamanya. Tangan
kirinya ditatang ke depan sambil melangkah.
“Kenapa
tangan tu?” Soal Nadya meraih Faiqa.
Serta-merta
air mata yang ditahan mengalir turun ke pipi. Tangisnya mula mengesak.
“Kenapa
luka ni?” Soal Nadya lagi.
Tangan
Faiqa dibelek risau. Berkerut dahinya melihat kesan seolah-olah gigitan di
bahagian tengah lengan si anak. Jelas
kelihatan luka dan koyakan kecil di situ, tetapi tidak berdarah keluar. Mungkin
sudah dibersihkan si kakak.
“….gi..git….”
Tenggelam timbul butir bicara Faiqa dalam tangisannya sendiri.
“Kenapa
ni Fiya?” Soal Nadya, mula tidak sabar mendapatkan jawapan daripada si adik.
Faham
sangat dia dengan drama queen yang seorang itu. Kebiasaannya begitulah.
Luka sedikit pun, sedihnya bukan main lagi. Sampai tak boleh bercakap dah.
“….tadi..
main gigit-gigit…” Jawab Fiya teragak-agak.
Awa
dilihatnya hanya berselindung di sebalik dinding. Mungkin cuba menyembunyikan
diri dari Nadya.
“Hah?!
Main gigit-gigit?! Main apa pulak dah macam tu?” Soal Nadya
bertalu-talu.
Intonasinya
cuba dikawal sebaik mungkin agar tidak kedengaran keterlaluan, lebih-lebih lagi
di hadapan Awa. Tetamu kecil yang tidak diundang.
“Ni
siapa yang gigit tangan adik?” Pandangan kembali terarah kepada tuan empunya
lengan di hadapannya.
“…..Aa…wa….”
Perlahan Faiqa menjawab, masih dalam tangisan.
Nadya
menelan liur. Walaupun perlahan, tapi jawapan Faiqa terdengar jelas di
telinganya.
“Ni
dah basuh ke, luka ni?” Soal Nadya, mengalih topik.
Apa
lagi yang boleh dia buat, tak kan nak dileteri pula anak orang. Ibunya
pun belum bertemu rupa lagi.
Faiqa
menggeleng laju.
“…ta…tadi
darah… lepas tu.. Aa..Awa hisap…” Jawab Faiqa tersekat-sekat.
Bulat
kedua bola mata Nadya. Sudah gigit, hisap pulak. Hish… apa benda ni?
Hatinya mula berdetak aneh.

No comments:
Post a Comment