Bab
6
SERENTAK itu
tangan Nadya melekap ke dada. Terkejut. Jantung yang bergendang di sebalik kurungan
sangkar rusuk terasa jelas berdenyut di tapak tangannya. Laju.
Belum
sempat fungsi pernafasannya pulih, Awa tiba-tiba menjengahkan kepala betul-betul
di hadapan muka Nadya. Seluruh tubuhnya seolah-olah disimbahi cahaya lampu
berwarna merah. Tubuhnya yang dibaluti kurung merah itu seakan dilumuri darah.
Kedua
belah lengannya diletakkan ke atas kepala lutut. Si kecil Awa sekarang sedang berada
di depan Nadya dalam kedudukan mencangkung. Hanya naskhah al-Quran yang
terbentang di atas rehal sahaja yang menjadi pemisah antara mereka.
Wajah
Nadya membiru serta-merta. Sistem pernafasannya terhenti sepenuhnya. Belum
sempat matanya berkelip, Awa yang asalnya berwajah comel seperti kebanyakan
kanak-kanak seusianya, tiba-tiba menguak dengan kasar, persis bunyi binatang
yang besar.
Mulutnya
terkuak luas menampakkan bahagian dalam kerongkongnya. Lendir air liur
bertali-tali menyatukan bahagian atas dan bawah ruang dalam mulutnya. Bau busuk
hanyir yang likat segera menerpa rongga hidung Nadya yang masih terpaku di
depan mukanya.
“Ya
Allah, ya Allah, ya Allah.” Kedua belah mata Nadya dipejamkan serapat-rapatnya.
Tubuhnya
langsung tidak dapat digerakkan hatta seinci pun. Apatah lagi mahu berlari
menyelamatkan diri.
“DIAMMMMM….!!!
Aku panaslah bodohh…!!!!”
Makhluk
yang masih dengan rupa Awa di hadapannya itu tiba-tiba mengamuk! Nashkah suci
al-Quran ditepis kasar ke tepi sebelum sempat Nadya berbuat apa-apa. Dalam
sekilas itu, Nadya nampak dengan jelas, bahagian tangan mahkluk tersebut yang
terkena al-Quran, menyala dengan mengejut, seperti api yang menyambar minyak
secara tiba-tiba, sebelum terpadam sendiri.
“PANASSSS…..!!”
Jeritannya begitu nyaring dan bingit, menampar gegendang telinga.
Nadya
menekup kuat kedua belah telinganya yang terasa pedih mencucuk. Serentak itu
juga mahkluk tersebut menerpa laju ke arah Nadya. Kedua tangannya yang berjari kurus
dan panjang dengan kuku yang tajam di hujungnya mencekak keras batang leher
Nadya.
Berat
jasad ‘Awa’ yang kecil itu terasa seakan lebih berat daripada puluhan kampit pasir
simen, merempuh tubuh badan Nadya, menyebabkan dia terlentang ke belakang.
Kepala
Nadya terhantuk kuat di lantai, meskipun ruangan itu beralas karpet sederhana
tebal. Tubuhnya mati dari sebarang rasa dan pergerakan, akibat ditindih susuk
yang sebegitu berat. Nadya tidak mampu menguit sedikit pun.
“A’udzubikalimatillahi
ttammati min sharrima khalaq..” Minda dan lidah Nadya cuba bekerja
sama untuk melafazkan kalimah tersebut, merayu pertolongan Tuhan di kala itu.
Tetapi
doa yang diharapkan menjadi senjata itu seakan terpalam di dalam ruangan
mulutnya. Tidak berjaya diucapkan secara hakiki.
“Aku
PANASSSSS…!!!!” Jeritnya lagi.
Kedua
tangannya dibenamkan ke leher wanita malang itu, sejurus sebelum mencerut rapat
keseluruhan jari dan tapak tangannya, mencekik Nadya dengan tenaga yang luar
biasa.
“Erkkkhhh….”
Kerongkong Nadya nyaris pecah terhimpit. Benar-benar rapat.
Tiada
pertukaran udara berjaya tersusup, jauh sekali sebarang suara atau bunyi. Air
mata berlinangan di kedua belah pipinya. Kalimah Allah bergema di segenap ruang
hati dan seluruh tubuhnya. Sesungguhnya dia menyerahkan sepenuhnya hidup dan
matinya di tangan Tuhannya.
“Allah…”
Pandangan
Nadya bertukar gelap. Hitam dan Pekat.
“ALLAHHH…..!!!”
Setelah
bersungguh-sungguh berhempas-pulas meronta-ronta cuba melepaskan diri dan
meneran keluar suaranya sedaya-upaya, Nadya akhirnya berjaya melaungkan kalimah
suci tersebut.
Serentak
dengan laungan itu, susuk tubuh Nadya juga ikut terbangun mendadak dari pembaringan.
Peluh meleleh-leleh membasahi seluruh bahagian tengkuk dan badannya.
Nadya
terpinga-pinga. Rasanya benar-benar seperti keadaan ketika ‘ditindih’ ketika
sedang tidur dan bermimpi. Tak mampu bergerak, tak mampu bersuara.
“A’udzubikalimatillahi
ttammati min sharrima khalaq.., A’udzubikalimatillahi ttammati min sharrima
khalaq..”
Berulang-ulang Nadya melafazkan doa tersebut dalam keadaan tercungap-cungap.
“Sayang?!
Sayang…! Sayang tak apa-apa ke?” Pintu bilik tidur Nadya terbuka gopoh.
Kelam-kabut
Faizal menerpa mendapatkan isterinya.
“Abang!
Abang..! Dia… dia menyamar jadi budak abang! Hantu tu menyamar jadi budak, dia
nak bunuh sayang! Fiya! Dia hasut Fiya! Fiya Faiqa! Mana anak-anak kita abang!”
Berterabur bicara Nadya cuba menjelaskan apa yang berlaku dalam senafas.
Kelam-kabut
dia cuba turun dari katil untuk mencari anak-anaknya.
“Mama!
Mama!” Fiya dan Faiqa tiba-tiba menerpa dan memeluk ibu mereka kuat. Esak
tangis masing-masing kedengaran bersahut-sahutan.
“Sapukan
air tadi ke mukanya sekali lagi, Faizal. Bagi minum sikit.”
Kedengaran
suara seorang lelaki dari luar bilik. Nadya dan Faizal saling berpandangan.
Apa
yang sebenarnya berlaku?

No comments:
Post a Comment