Bab 2
2024
“OK….
Semua ready ea, sekejap lagi lambai ramai-ramai kat dron ok???”
Laung seorang wanita sebelum beralih memberikan senyuman kepada lelaki yang
sedang berdiri memegang alat kawalan dron di sisinya.
“Okayyy!!”
Sahut mereka beramai-ramai.
Zafeera ikut gembira
melaungkannya bersama hampir ratusan anak muda dan para kakitangan di situ.
Dia kini
menggalas tugas sebagai seorang pensyarah di universiti tersebut. Universiti
Tengku Ampuan Safurah atau lebih ringkas dipanggil UTAF. Sudah hampir 5 tahun
dia berkhidmat di situ, sejak keadaan kesihatan Tok Ma merosot dan
memerlukannya berada dekat dengan wanita tua itu. Nenek kesayangannya,
merangkap satu-satunya ahli keluarga terdekatnya yang tinggal itu telah
diserang penyakit strok, yang menyebabkannya lumpuh separuh badan.
Bahagian kanan
tubuhnya menjadi lemah dan hampir tidak boleh digerakkan langsung. Ini
menyebabkan Tok Ma mengalami kesukaran untuk menguruskan diri sendiri. Waktu
itulah Zafeera mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di ibu kota dan
pulang mencuba nasib di universiti di utara tanah air ini. Lagi pula, hospital
tempatnya bekerja itu terselit begitu banyak memori manis arwah Azib. Begitulah
dia bertukar bidang dari seorang pekerja kesihatan kepada seorang kakitangan
pendidikan, masih dalam bidangnya sendiri.
“Byeeee……!”
Laung seorang lelaki yang terlanggar bahu dengan Zafeera.
Matanya
difokuskan ke arah dron yang sedang terapung di udara sambil melambai-lambai
dengan penuh semangat. Langsung dia tidak sedar bahunya sedang menghimpit gadis
itu. Zafeera yang pada awalnya juga sedang melambai ke arah dron terkejut dan
sedikit terganggu, sebelum sekali lagi terkejut setelah mengenal pasti identiti
lelaki itu.
“Eh, abang
Qasy!”
Spontan nama
tersebut terpacul keluar dari mulutnya, sekaligus mendorong lelaki itu untuk
menoleh ke arahnya.
“Ehhh… Feeeraaa…!”
Sahutnya ceria.
“Eh, amboi,
ceria semacam pulak mamat ni? Biasa tak macam ni pun?” Getu Zafeera
sendiri dalam hati.
“Tak nampak
pulak Feera kat sini tadi. Jom-jom, selfie sama-sama” Pintanya. Atau
lebih kepada… paksanya.
“Hah?! Err…
selfie..?” Soal Zafeera, antara percaya dengan tidak.
Bukan apa,
Ahmad Aqasy yang di depannya sekarang adalah salah seorang seniornya semasa
belajar di universiti dulu. Seorang senior yang.. tak keterlaluan kalau
dikatakan sangat pendiam dan tidak mesra. Rasanya belum cukup 10 patah
perkataan pernah keluar dari mulutnya untuk Zafeera, sepanjang menjadi senior
gadis itu dalam kos yang sama. Itu sudah merangkumi semua aktiviti universiti
dan program yang mereka sertai bersama. Juga termasuk perjalanan pergi dan
pulang dari universiti ke kampung bersama dua orang lagi senior yang lain,
memandangkan hanya berempat sahaja yang berasal dari utara tanah air, dalam kos
yang sama.
“Yelah,
selfie. Kenapa, tak sudi ke tangkap gambar dengan abang Qasy?”
Soalnya semula sambil mencemik. Konon sedih.
Hah…
Seriusla orang
ni? Apesal lain macam sangat ni? Ke aku salah orang? Kembar? Kena rasuk
hantu? Atau alien hijack badan??
Zafeera
tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cuba menghadam situasi aneh yang
sedang berlaku di depannya sekarang. Atau lebih tepat lagi, orang aneh di
depannya sekarang.
“Eh, taklah…hehe…”
Ujar Zafeera tersengih-sengih, sambil matanya meliar mencari kelibat seseorang.
“Feera tengok
apa? Cari siapa? Risau pakwe nampak ke?” Soal Aqasy bertalu-talu,
sambil ikut menoleh memandang keliling.
“Eh abang Qasy
ni, ke situ pulak. Feera mana ada pakwelah…” Sahutnya spontan,
sebelum tersedar sesuatu.
Dah kenapa
pulak aku kena bagitau dia, aku ada pakwe ke tidak ke apa ke…
Rasa macam mahu ditepuk dahinya sendiri.
Aqasy tersenyum
manis.
“Oooo..
takde ea..?” Soalnya dengan nada nakal.
“Hah?
Eh..haa tu pun abang Khaliq.. ingat takde tadi…” Pantas Zafeera
menukar topik, sebelum seniornya yang aneh itu melalut ke lain. Pandangannya ditala
ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang melangkah menuju ke arah mereka.
“Hai Feera! Panas
betul hari ni kan?” Tegur Khaliq mesra.
Sememangnya
boleh dikatakan dia yang paling rapat dengan juniornya ‘sekampung’ itu,
berbanding dua orang lagi sahabat baiknya, sejak di zaman universiti lagi.
Seperti berjodoh pula, sekarang mereka bertiga menjadi pensyarah di UTAF,
manakala Hilal, seorang lagi rakan ‘sekampung’ bekerja di hospital berdekatan. Itupun
setelah bertahun juga terpisah beberapa negeri. Kalau diikutkan, belum cukup
setahun lagi dia dan Aqasy menjadi pensyarah di sini.
“Alaa…tapi
abang Khaliq tak perasan Feera kat sini tadi, abang Khaliq belikan dua
je air.” Ujarnya sambil menghulurkan sebungkus air yang masih penuh kepada
Aqasy. Sebelum menyambung sedut dari bungkusannya yang dah tinggal separuh.
Zafeera
menelan liur melihat bungkusan air coklat di tangan Aqasy. Nampak sedap betul
panas-panas ni…
“Eh.. takpe-takpe…
Feera dah agak dah, kalau ada abang Aqasy, mesti ada abang Khaliq sekali.
Memang tak boleh berpisah…” Usik Zafeera sambil menutup mulut menahan tawa.
“Nak buat
macam mana kan…, dah jodoh… samalah macam kita…” Pintas Aqasy nakal sambil mengangkat-angkat
kening.
Zafeera
terkedu.
Khaliq
langsung tersedak sebelum terbatuk-batuk. Nyaris menyembur air di dalam
mulutnya ke wajah mangsa-mangsa di depan mukanya.
“Nah, Feera
suka air coklat kan? Memang abang Qasy dah suruh Khaliq belikan untuk Feera.”
Ujarnya sambil menghulurkan bungkusan air di tangannya kepada Zafeera.
Zafeera
teragak-agak, namun bungkusan tersebut tetap disambut perlahan.
“Memang dah
suruh beli? Bukan tadi dia kata tak nampak aku kat sini ke?” Zafeera
berkira-kira sendiri dalam hati.
“Err…
terima kasih… tapi… abang Qasy punya air? Tak dahaga ke?” Soal Zafeera
masih teragak-agak, namun disua juga straw ke bibir sebelum menyedutnya
perlahan.
Perghhh
memang kaww bancuhannya. Kena pulak panas-panas macam ni. Nikmat!
“Takpe,
minumlah dulu, kita kan kongsi.” Ujarnya selamba.
Sedutan
Zafeera terhenti seketika.
“Kongsi-kongsi
air, kongsi-kongsi kasih…” Sambungnya lagi.
Kali itu,
Zafeera dan Khaliq sama-sama tersembur. Seorang berair mata dek air coklat yang
tersedut masuk ke hidung. Seorang lagi spontan tertelan ketul ais!

No comments:
Post a Comment